16 October 2015

2015 - 8 Borang nikah

Assalamualaikum.

Actually ni post yg aku draft before aku nikah. Bulan June tak silap aku draft tapi tak sempat nak publish. Hahaha gila lama aku simpan draft ni woi. Sebab office aku dah block semua website blogspot. Sedih kan? Nak suruh aku update guna laptop memang malas la. Internet broadband aku dah aku tinggalkan pada abah aku. Ni aku update guna hp je. Guna browser. Rindu sgt nak taip kat sini. Huhu. Untuk makluman auk dah selamat nikah dengan encik suami pada 7/8/2015 jam 4.00 petang gitu. And majlis sanding kitorang pada hari berikutnya iaitu 8/8/2015. So nanti kalau aku ada masa aku buat review mana yang sempat yek (kalau sempat dan rajin la. :p) So ni baca la post aku ni. Ampunkan lah kalau masa baca tu rasa macam "eh ni post backdated ke apa ni?" ye memang sebab aku malas nak edit. Hahaha. Baca jela yek. :p


Untuk persiapan raya hari tu tak banyak sangat aku buat sebab aku lebihkan pada persiapan perkahwinan aku. Makanya raya tahun ni tak beli baju raya, kasut raya semualah. Guna je ala yg ada. Lagi pun hari tu ada je aku beli baju2 baru and kasut baru so guna jela tu. Bajet memang terhad gegile. Al maklum la aku kahwin ni semua guna duit sendiri, semua buat sendiri. Berkongsi dengan Mr bobot.

Cakap pasal persiapan kahwin, alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Borang semua dah setel. Tinggal nak packing doorgift, final fitting baju and bayar balance payment bridal.

Pasal borang kebenaran nikah kitorang alhamdulilah ada jalan senang. Kan hari tu aku kata Mr. Bobot kena interview kat Johor patutnya sebab rumah di Johor. Tapi tak jadi. Masa abah ambik borang aku kat JAIM, abah tanyakan la hal kitorang ni dan luckily boleh ambil borang di Melaka rupanya sebab Mr. Bobot dah lama kerja kat Melaka. So dia dah dikira pemastautin di Melaka sebab dah tinggal lebih 6 bulan di Melaka. Alhamdulilah senang lah proses kitorang ni.

So abah pun ambik la borang untuk kami berdua. Proses dia sepatutnya kan lelaki kena isi dulu untuk dapatkan kebenaran nikah, tapi bagi proses kitorang ni Mr. Bobot boleh hantar sekaligus dengan borang aku. Kiranya jabatan agama islam akan sahkan borang Mr. Bobot dan kemudian proses sekali borang aku. Faham tak? Huhu harapnya korang faham la ye. So lepas je isi borang semua, kami pergi buat ujian HIV di Klinik Komuniti Ayer Keroh. Result dia boleh dapat dalam masa sehari je. Cepat sangat eventhough masa tu ramai jugak pasangan yang buat ujian ni. Alhamdulilah kami berdua bebas HIV. Yeayy kami dah boleh kahwin. Ahaks!

Lepas je dapat result, aku jadi tukang compile dokumen2 berkaitan untuk aku dan Mr. Bobot. Biasalah tu memang semua aku yang buatkan sebab nak harapkan dia memang lambat. Hahaha lelaki kan. Kalau dah ada orang yang tolong buat memang dia tengokkan je. Tapi takpe aku tak kisah pun. Demi cinta kan. Hahaha geli je. :p

So bila dah siap dokumen semua, abah kena bawak jumpa tok sidang kariah untuk pengesahan pemastautin. Time ni Mr. Bobot ikut abah. First time ni dorang keluar berdua. Haha lantak apa jadi. Nasib senang je sebab dia duduk dalam kariah yang sama dengan aku so jumpe pun satu tok sidang je la. Setel pengesahan tu, barulah abah bawak borang kitorang pergi jumpa imam kariah tempat tinggal aku. dah dapat pengesahan semua, abah pun hantar lah ke JAIM dan tunggu pengesahan dari diorang. Dah dapat je pengesahan, JAIM akan cop sijil kursus kahwin kitorang tu dan pulang balik, lepas tu dia bagitahu bayaran apa yang kena sediakan masa akad nikah nanti. Proses seterusnya, tunggu je hari pernikahan. Masa hari pernikahan tu la baru bayar segala bayaran tok imam, tok sidang tu semua. Alhamdulilah semuanya dipermudahkan. aku bersyukur sangat. Dah selamat pun jadi pengantin basi. Hihi. 

Ok la malas nak taip panjang2 lagi. Tunggu ada mood lagi nanti aku update lain pulak. :)

*Bersyukur segalanya dipermudahkan. :)

2 comments:

  1. haha zaf, download app blogger je senang... update gune hpone je.. lama gak aku stalker x timbul2 haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pernah download weh tapi kan tak boleh berfungsi. Dah taip2 pastu nak publish tapi tak boleh publish. Aigoo. terus uninstall la jawabnya.

      Delete