08 May 2011

mak' day!

mak, ibu, mama, umi, mommy dan pelbagai lagi panggilan untuk orang yang bergelar ibu ni.
hari ibu?hari mak? bagi aku hari ibu tu tak penting mana pun.
family aku tak pernah sambut hari ibu atau hari bapa ni semua.
yang kami sambut hanya lah hari lahir ahli keluarga kami.

bagi aku tiap2 hari ialah hari ibu. bukan masa hari ibu je kita rajin tolong dia kemas rumah atau memasak untuk dia. tapi kalau kita buat untuk dia hari2 pun tak salah. lagi sejuk hati dia tengok anaknya membantu.
cewahh ayat bukan main. kau pernah buat gitu hari2 ke? eh rajin taw. bila mak suruh buat keje aku buat. haha

ok aku kadang2 je wish kat mak aku mother's day ni. ikut mood. tapi dari kecik aku ngn adik beradik aku tak tahu pun hari ibu ni untuk apa. sebab tu bila dah besar ni pun buat bodoh jela. yang penting time besday dia memang kami sambut.

so kesimpulannya di sini ialah aku sayang mak aku hari2. dia wanita terhebat di dunia ni. kalau aku boleh bertukar nak jadi ape aku pilih untuk jadi dia sebab mak aku pandai dalam segala bidang. i heart u mak! :D

No comments:

Post a Comment