23 July 2012

tak terluah


benda yang sama berlaku lagi. salah faham. salah faham. salah faham.
susah sangat ke nak faham apa yang aku nak ea? kenapa tak boleh nak menerima aku seadanya? aku ni terlalu buruk dan jahat sangat ke di mata orang? apa aku buat semuanya dirasakan macam salah. apa aku ni tak layak digelar perempuan ke hanya sebab perilaku aku agak kasar? perempuan semua mesti bersopan santun, lemah lembut, gelak tutup mulut je ke? ye aku tahu itu memang sepatutnya keadaan untuk seorang perempuan. tapi kalau dah aku ni memang dilahirkan macam ni, dah dilatih macam ni, dah dibesarkan dalam keadaan begini dan jadi macam ni salah ke?
kalau dilihat dari segi kelebihan, aku rasa perempuan yang lemah lembut ni semua senang dibuli senang dibelasah. tak ke patut bersyukur ada perempuan macam aku ni yang serba boleh buat macam2 benda2, yang mampu berdikari, yang kalau orang nak dajalkan aku pun orang tu akan fikir 5 6 kali.... tak ke?

teruk ke perempuan kasar macam aku? walaupun aku ni kasar tapi itu semua luaran je. dalaman aku ni masih seorang perempuan yang memerlukan perhatian dari seorang lelaki yang aku sayang. aku masih bersifat ladies cumanya bukan ladies yang tipikal, yang biasa lemah lembut. sebab inilah aku tak suka perempuan yang lemah lembut sebab di mata orang, perempuan jenis ni baik, suci, tak buat jahat, bersih. tapi kebanyakan (BUKAN SEMUA) perempuan lembut yang aku kenal semuanya talam dua muka atau akan tikam kawan dari belakang hanya kerana lelaki. ini pengalaman yang aku dapat dari kawan2 dan juga pemerhatian yang aku buat la. sorry if i am wrong. ahhh apa la aku merepek dah ni...

kesimpulannya, salah ke sifat aku kasar sedikit? ye aku tahu boleh berubah dan kena berubah tapi aku rasa sifat aku tu tak memberi kesan negatif pada orang lain la KOT...kotttt la......tapi aku masih tahu jaga batas2 aku. aku terlebih kasar pun dengan perkataan mulut la selalunya. dah orang melaka nak buat macam mana kan. tapi batas aku berkawan masih ada. mungkin dulu ye aku tak fikir panjang suka2 hati bertepuk tampar sana sini tapi ITU DULU...itu semua dah menjadi SEJARAH. ITU SEMUA DULU...D.U.L.U..... dan aku cuba menjadi lebih baik. bukan aku tak berubah langsung. aku cuba berubah dan sikit2 aku berubah. macam orang selalu cakap la, nak berubah tak boleh secara drastik kena berubah sikit2, dan nak berubah tu pun banyak cabaran, kadang2 kena ada bimbingan dari orang tertentu juga. aku akan berubah sebab aku nak berubah. aku taknak berubah sebab orang nak ubah aku. kalau aku boleh terima kelemahannya kenapa dia tak boleh terima kelemahan aku. aku ni manusia biasa. manusia biasa memang ada kelemahan. dan kelemahan tu kadang2 susah nak dibuang. hmmm...

"if sekali itu kita dah decide untuk menyayangi seseorang itu, itu bermakna kita dah membuat keputusan untuk menerima baik dan buruknya dia. jika kita menyayangi seseorang itu, kita tak akan mempersoalkan kisah silam dia tapi menerimanya kerana kisah silam dan sekarang berbeza dan kisah silam itu tidak akan dapat dibetulkan lagi."

segala yang berlaku dulu memang salah aku sebab berfikiran mentah, buat semua benda tak fikir panjang yela jiwa remaja. tapi jangan cakap kau punya zaman remaja semuanya warna warni penuh ceria tak pernah buat salah atau buat jahat. aku mengaku kesilapan aku dan aku memang tak nak ulang zaman jahiliah aku tu lagi. sekian terima kasih.

*bukan senang aku nak sayang seseorang tu SEPENUH HATI aku dan menjadi setia. tapi bila aku dah sayang, aku sayang dengan serius. tapi bila hati aku dah jadi keras ia akan jadi sekeras batu dan aku mungkin boleh berubah menjadi diri aku yang lama yang mana aku elakkan sangat2.

entah apa aku merepek la ni. T__T

No comments:

Post a Comment