14 October 2011

kau dan dia~

Kau dan dia
sudah tidak serasi
sudah bermasam muka

Kau dan dia
punya si kecil yang comel
si kecil yang tidak mengerti apa-apa

Kau dan dia
dulu bersama gembira
dulu tidak peduli sekeliling
kau hanya menjadi pengikut dia

Kini
Kau dan dia hampir ke penghujung cerita
penghujung yang tiada siapa mahu
penghujung yang derita

Aku hanya melihat
membatu diri
tak berdaya untuk membantu

Aku hanya berdoa
kau dan dia tidak sampai ke penghujung cerita
yang derita

Kau dan dia
punya si kecil yang comel
si kecil yang tidak mengerti apa-apa
si kecil yang comel

Kau dan dia.

*everything is gonna be fine.

No comments:

Post a Comment