22 January 2012

musim tamatkan zaman bujang

apa sekarang ni memang musim orang nak tamatkan zaman bujang ke? terasa ramai pulak member2 yang dah ambil langkah nak tamatkan zaman bujang masing2. ni aku baru balik dari majlis pertunangan kawan sekolah aku. dalam masa yang sama sorang lagi bestfriend aku sudah dirisik oleh keluarga pasangannya. haishh! terasa macam diri ni dah semakin tua. memang dah tua pun. this year aku dah berumur 23 tahun. 23 tahun yaww!

mak aku kahwin masa umur dia 23 tahun. kakcik aku pun kahwin masa umur 23 tahun. hmm so agak2 kalau tanya mak, mak bagi dak aku kahwin sekarang? hahaha. ok saya dah gatal nak kahwin.

hari tu member baik dah kahwin. ni bulan 4 pulak kakteh aku kahwin. memang hidup aku sekarang ni dikelilingi orang nak kahwin jela. bila nak tiba masa aku pun tak tahu lagi. huhu. sabar jela. tunggu habis belajar dulu la. tak lama lagi dah ni. setahun lagi nak habis lepas tu kerja dulu setahun untuk kumpul duit then baru boleh pikir nak kahwin ke beranak ke ape ke. kesimpulannya aku nak cakap kat sini yang aku ni balik2 je dah ada orang ajak berjalan. hehe. best2 dapat keluar dengan member.

plan esok pulak akak2 aku ajak pergi pantai bawak budak2 kecik ni. aku jadi driver la kot. hmm tu jela. tengok la aktiviti apa je akan aku buat masa cuti ni.

*sedang ber'ym' dengan Mr. A. but i can tell that i have no more feelings towards him. dah lama berakhir kisah aku dan dia. hanya tegur sebagai kawan sebab tak nak putuskan persahabatan yang dah terjalin. smile. =)

No comments:

Post a Comment