06 June 2010

::Melepaskan batuk di atas bukit::

semalam sabtu aku pergi joging(lebih kepada memanjat bukit) macam biasa tapi yang lainnya aku berjoging seorang diri tanpa sesiapa teman. Kalau sebelum ni aku ajak kawan aku teman tapi semalam terasa nak pergi seorang diri. Aku tak sangka aku berani pergi seorang diri.


ok ini sedikit deskripsi tempat aku joging tu. Tempat tu sebenarnya bukit la and ramai la jugak yang datang berjoging, berjalan sambil makan angin di situ. Bukit dia agak tinggi dan curam la jugak. Memang tak letih nak panjat bukit tu sampai ke puncak. Tapi the best part dia ialah di atas bukit tu kita boleh nampak pemandangan bandar MELAKA. Itulah pemandangan yang aku cari selama aku hidup ni. Dan semalam pengalaman yang best sebab impian aku untuk melihat pemandangan dari atas bukit seorang diri dah tercapai.


Aku pergi petang2 dalam pukul 6 macam tu dan masa tu orang ramai tak ramai sangat la but at least ada la orang jugak kan so tak ada la aku takut sangat nak berjalan sorang2. Tengok pemandangan tu semalam memang tenang je fikiran aku walaupun termengah mengah sebab baru panjat bukit tu kan tapi bila tengok je scenery tu memang lupa segala penat. Betapa ALLAH maha besar. Pemandangan yang sangat cantik. Aku turun awal semalam sebab aku sorang2 kalau aku pergi dengan kawan aku tu memang kitorang akan tunggu sampai matahari terbenam. Lagipun tempat tu banyak saudara mara binatang kegemaran korang iaitu monyet...hahaha


Ini ada souvenir untuk korang tengok. Dapat capture sikit je pic sebab fon aku tak ada memory card. Pape pun aku memang enjoy duk termenung sorang2 atas tu semalam.

Pemandangan bandar Melaka dari atas bukit di belakang SJKC Bukit Beruang

ok abaikan kaki aku tu...hahahaha
aku buat kaki macam tu sebagai tanda aku dan dia suatu hari nanti..kan best kalau aku dan dia dapat tengok scenery macam ni berdua..bila la nak tercapai impian aku ni..hmmm...

*si dia??sejak bila aku ada si dia??itu hanya impian aku....semoga impian aku yang satu lg tu akan tercapai...semoga aku jumpa dia yang memang ditakdirkan untuk aku.....aminnn.... (^_^)

No comments:

Post a Comment