17 December 2010

ibu dan ayah~

kenapa masih ada manusia yang tak reti nak mengenang budi?
kenapa masih ada manusia yang tak reti nak membalas jasa ibu dan ayah?
kenapa masih ada manusia yang masih ingin menyusahkan ibu dan ayah mereka?
kenapa masih ada manusia yang tak mampu untuk berfikir tentang kesakitan ibu mereka yang membawa mereka dalam perut dengan perit selama 9 bulan?
kenapa masih ada manusia yang masih tak mengenang jasa ayah yang bersusah payah mencari duit untuk memberi mereka sesuap nasi?
kenapa? kenapa? kenapa?

tak cukupkah penderitaan yang kau beri pada ibu dan ayah kau dulu kerana tidak membunuh kau ketika kau kecil dulu?
kenapa bila kau makin besar kau makin meyusahkan ibu dan ayah sedangkan kau sudah pun boleh berfikir mana yang buruk mana yang baik?
kenapa kau suka susahkan adik beradik kau yang telah banyak membantu kau?
kau tentu tahu perasaan ibu sebab kau juga seorang ibu tapi kenapa kau buat ibu kau seperti itu?
tak gentar kah kau jika suatu hari nanti anak2 kau akan mengikut jejak langkah kau?

sedarlah manusia.
hidup ibarat roda. hidup punya karma.
suatu hari kau akan dapat balasan di atas perbuatan kau.
janganlah buat ahli keluarga kau susah dan sakit hati kerana kau.
jangan lah kau titiskan air mata ibu lagi wahai manusia.
air mata ibu sangat berharga.
sayangilah ibu dan ayah wahai manusia.

No comments:

Post a Comment