30 December 2011

welcome 2012!

hari ni 30hb Disember 2011. esok dah 31hb Disember 2011. makanya dah nak masuk tahun 2012 dah kita. sedar tak sedar dah habis dah tahun 2011 ni kan. aku rasa macam baru semalam je melangkah ke tahun 2011. macam baru semalam je aku celebrate birthday aku dengan Mr. Bobot kat pantai. macam baru semalam je celebrate the last day of 2010 dengan bff depan rumah. macam baru semalam je daftar masuk degree. dan kini tup tup dah nak habis dah tahun 2011. macam tak percaya masa dah berlalu meninggalkan kita denga pantas sekali. dan kini tahun baru bakal tiba. dan macam biasa jugak akan ada azam yang akan ditetapkan. so tetapkan azam baru dan cuba capai azam lama yang masih tak tercapai. selamat tahun baru! moga2 tahun baru ini akan membuka lembaran baru juga.~
 * * * * *

Pukul 4.00 pagi.

2011 masih duduk depan "peti bodoh" menyaksikan acara meraikan dirinya pergi, digantikan dengan sahabat yang seterusnya. Tersengih-sengih 2011 melihat 2012 di julang tinggi-tinggi diikuti sorakan lautan manusia. Teringat dirinya pernah dilakukan sedemekian rupa.  Dia meneguk air susu Anlene sambil mengunyah biskut kesihatan perisa tomato.

Pintu rumahnya di ketuk bertalu-talu.

"Oiii, bukaklah!".

Dia melangkah malas, membuka pintu.

"Oh, kau rupanya" kata 2011.  Berkerut dahi 2011, sedikit hairan. Apa jadah dia buat kat sini malam-malam buta?.

" Aku mabuklah". kata sahabatnya sambil cuba berdiri tegak, tersenyum sumbing.

"Errrr, sepatutnya 2012 yang balik dalam keadaan mabuk, bukan kau".

"Eh, 2012 punya "turn" ke dulu?" kata sahabatnya itu.

"Yup, muktamad".

"Alamak, hik!, aku ingat aku punya hik!, "turn"lah, tak sabar-sabar nak hik!, bagi kiamat hik!, kat manusia" kata 2013 sambil  merangkak menuju ke sofa.

"Bodoh, mengalahkan manusia dia punya mabuk". gumam 2011. Dia pun lupa yang dia sendiri pernah mabuk macam tahun lepas.

2013 dah terbongkang mengangkang dan berdengkur sampai tak boleh dengar apa yang pengacara dalam "peti bodoh" katakan.

Selamat Tahun Baru!.

copy dan edit dari Selit dan Belit blog abang long aku. =)

*menantikan misi terbesar yang tak tahu pada tahun berapa akan dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment