03 December 2011

renungan #2

kita takkan boleh cakap yang kita pernah rasa apa yang orang lain rasa kalau kita sendiri tak pernah berada di tempat orang lain tu. kalau dah pernah alaminya sendiri barulah kita boleh cakap kita tahu apa perasaan dia. dan itu berlaku pada aku. sebelum ni kalau kawan2 susah aku bagi nasihat teruskan bersabar dan teruskan apa yang dah dibuat tu. jangan biarkan separuh jalan. dan kawan2 akan jawab susah. rasa nak give up tapi kita sebagai kawan tentu tak bagi kawan kita give up betul tak?

kita tak bagi dia give up sebab kita rasa benda tu dia boleh buat. tapi sebenarnya kita tak tahu kemampuan dia. kita tak tahu sebetulnya apa yang dia sedang rasa. dan itu berlaku pada aku. orang sekeliling nasihat jangan give up teruskan hidup tapi adakah mereka tahu atau pernah rasa apa yang aku rasa? ya mungkin pernah melaluinya tapi mungkin agak berbeza. 

pokok pangkal segalanya dari diri kita sendiri jugak. nak berubah..bukan orang yang ubahkan kita tapi kita sendiri yang perlu berusaha merubah diri kita. nak naikkan semangat dan buat segalanya seperti biasa...bukan orang lain yang boleh tolong buat mereka hanya memberi kata2 semangat yang entah kita dengar atau tidak. kita sendiri yang kena tanamkan segala kata2 semangat dalam diri dan motivate diri sendiri. segalanya adalah dari diri sendiri dan bukan orang lain.

dan bila kita mahu menghukum seseorang itu dengan tindakan yang dilakukan. sebelum itu kita perlu lihat diri sendiri adakah kita juga sempurna hinggakan kita mahu menghukum orang itu? bukankah kerja menghukum itu milik tuhan? dan bila kita mahu mengasari seseorang itu. kita perlu bertanya pada diri sendiri adakah kita juga suka dikasari dan disakiti? apakah yang akan kita rasa jika orang lain buat sesuatu yang kita sendiri tidak suka?

hidup ini semuanya berbalik kepada diri sendiri juga suatu hari. mungkin kita tidak kena pada hari ini tapi mungkin kita akan dapat balasannya di esok hari, lusa, atau mungkin bulan berikutnya atau tahun berikutnya. karma itu pasti.

lihat sekeliling, analisa sekeliling, berfikir sebelum bertindak dan jangan menyesal selepas bertindak. tiada manusia yang sempurna. kau tidak sempurna, dia tidak sempurna, aku juga tidak sempurna dan kita semua tidak sempurna. hanya Allah saja yang sempurna. jangan terus2 menghukum dan berkata apa yang kita tidak suka. berfikir berfikir dan analisa sebelum bertindak. 

*berkatalah kamu sehingga orang lain tidak terkata tapi jangan kamu diam tak terkata bila orang lain mengata benda yang dikata oleh kamu. selamat petang. 

No comments:

Post a Comment