27 December 2011

cerita cuti

23/12/2011
pukul 10.45 pagi naik bas untuk pulang ke kampung. sepatutnya bas pukul 10.15 tapi macam biasalah bas datang lambat. tunggu punya tunggu nasib baik lah bas sampai. terima kasih kepada housemate terchenta kerana hantar aku ke medan gopeng. pukul 4.00 petang baru sampai melaka. tapi kira ok la. cepat jugak bas tu sebab tak banyak berhenti. lepas ni memang nak naik bas Seri Maju jela. dari petang sampai ke malam lepak kat rumah merehatkan diri.

24/12/2011
bangun siap2 untuk ke Johor Bahru. tunggu kak Bad (kak lang) aku dan anak2 dia sampai and tunggu akak Nora aku balik kerja baru bertolak ke JB. pukul 4 baru bertolak. destinasi kami untuk ke rumah kakcik aku yg terletak di belakang Plaza Angsana. Kakteh aku tinggal bersama Kakcik aku jugak. Kakcik aku ni dah kahwin and ada 2 org anak yg nakal. Kakteh pulak satu2 nya kakak aku yang belum kahwin. pergi sana saja2 nak bawak abah dan mak jalan2. sampai rumah diorang pukul 7 lebih. 
malam tu pukul 10 aku, kakteh, kakcik, dan akak serta kanak2 ribena keluar nak cari kek. tapi dah malam kan mana la kedai kek yang bukak lagi. kitorang pergi TESCO Bukit Indah je. aku yang bawak kereta taw. kereta auto boleh la. tapi 1st time tu bawak kereta kat bandar JB tu. banyak kereta yg pemandu dia agak kurang ajar la. gerun jugak tapi nasib buat2 handal kan. hehe
tak dapat cari kek last2 kitorang beli keropok2 sikit and KFC je. kak bad yang belanja. dan malam tu kami 1 family makan kfc kat rumah kakcik. 
malam tu aku tidur lambat. sebab buat pillow talk dengan kakteh. aku dengan kakteh ni memang ngam. kalau dah tidur 1 bilik memang la tidur lambat jawabnya. cerita macam2 lah. last2 tidur pukul 4.30pagi. 

25/12/2011
pagi bangun mandi siap2 teman kakteh and abah pergi opis kakteh kejap untuk install software kat komputer dia. oh lupa nak bagitahu. 25/12/2011 ni adalah hari lahir aku yang ke-22. ye ye selamat hari jadi pada aku. sebab tu la malam semalam kitorang nak cari kek. tapi dapat so makan kfc pun jadilah. petang tu terus balik melaka. sampai melaka jalan jammed gila beb! hari cuti memang la melaka ni akan dipenuhi manusia2. sampai rumah lebih kurang pukul 5 jugak la. penat walaupun tak bawak kereta. penat sebab duk dalam kereta terlalu lama. malam tu aku rasa penat sangat. macam nak demam pun ada. biasala tu dah nak masuk umur baru mesti badan aku jadi tak sedap. ;p
anak2 buah tapi ni belum semua lagi. abaikan yg tgh tu. tu amah  mana entah sesat. ;p

ramai2 makan kepsi! hehe ;p

26/12/2011
rancang nak pergi lepak dengan kawan tapi malas. kawan aku tu pun takde kat melaka. melepas lagi nak rasa dia belanja. hahaha ;p
last2 keluar dengan kak bad and kanak2 ribena pergi jaya jusco. balik rumah dah penat. petang tu kak bad balik seremban ke rumah dia sebab dah nak mula kerja keesokan harinya. malam tu tak buat pape duk lepak depan tv je.
inilah dia kanak2 ribena

kanak2 ribena paling comel main kat fun zone kat Jusco

ada snow man bagi gula2 kat jusco

last2 tertidur dalam kereta akibat kepenatan

27/12/2011
hari ni petang pergi beli barang sikit kat TESCO pastu lepak kat karoke jap dengan Maya and umi dia. lepas tu balik rumah dan kemas apa yg patut. esok dah kena kembali ke sarang untuk study. final exam bakal menjelma. dan proposal untuk final year projek aku tak siap lagi. hmm...tajuk oh tajuk.

so itu ajelah cerita masa aku bercuti ni. ada sedih ada gembira. sedih sebab besday kali ni tak ada kek dan tak dapat hadiah langsung dan juga cuti kali ni tak dapat jumpa Mr. Bobot langsung sebab dia sibuk bekerja mencari duit untuk kahwin katanya. :p
gembira sebab besday kali ni 1 family sambut sekali and dapat makan kfc dengan family. dah lama tak rasa makan besar dengan family sendiri. tak lama lagi dah nak masuk tahun baru. so tetapkan azam dan menuju ke puncak lah kita selepas ni. :p

*ade peristiwa sedih berlaku pada 25/12/2011. :(
*happy 1st year anniversary to us Mr. Bobot. sgt sedih sbb tak dapat celebrate sama2. tp takpelah sy phm anda mencari duit. :D always love you! 

No comments:

Post a Comment