27 May 2014

2014-11 Badak Berendam

Hai, 

Dah lama aku tak kongsi resepi kan? Sejak2 dah duduk dengan mak ni memang dah jarang main masak2 sangat. Kalau duk rumah sewa time study dulu bolehlah rajin main masak2 ni. Hehe alasan je semua ni. 

Ok tadi belek2 blog sendiri lepas tu tengok tab masak2 aku tu ada resepi yg aku berhutang rupanya. Resepi badak berendam. Tak ber update dari dulu lagi. Maaflah kadang2 aku busy dan terus lupa. Sila tinggalkan komen kalau nak tanya pape ye.Nah resepi untuk pembaca sekalian. tak kisah lah silent reader ke public ke kan. Silalah cuba nanti ye.

Bahan-bahan 1 (Si badak berendam) :
a) 2 cawan tepung pulut (Dapat dalam 20 - 30 biji jugak)
b) Daun pandan (optional - boleh jugak guna 1 sudu kecil perasa pandan)
c) 1/2 sudu kecil garam
d) 1 sudu kecil pewarna (suka hati nak pilih warna apa)
e) 1 cawan air
f) Gula Melaka secukupnya (Dipotong dadu2 kecil)

Bahan-bahan 2 (Kolam air untuk si badak tadi) :
a) 1 kotak kecik santan
b) 2 sudu tepung beras
c) 1/2 sudu kecil garam
d) 2 helai daun pandan (diikat simpul)

Cara-cara :
1. Mula-mula uli tepung pulut tadi dengan air, perasa pandan, garam, pewarna. Uli sampai jadi doh yang lembut and senang dibulat2 kan. 
2. Ambil doh lepas tu bulat2 kan dia. Lepas tu tekan tengah2 and letak gula melaka yang dah dipotong kecik2.  Jangan letak banyak sangat nanti si badak pecah and gula tu akan cair dan bocor.
3. Bulatkan sampai habis adunan and ketepikan dia.
4. Masukkan santan dan air dan biar sampai didih. Masukkan garam, daun pandan, tepung beras sikit dan biar dia memekat dan kacau selalu. Bila dah pekat masukkan si badak-badak tadi.
5. Bila si badak-badak tadi dah terapung semuanya tunggu seminit dua dulu, lepas tu bolehlah ditutup api dan dihidang. Siaplah badak yang berendam dalam kuah santan kita. Silalah makan.

Ini cara aku. Ada orang inti dia letak kelapa tapi aku lagi suka gula melaka sebab senang dan tak leceh. Ada orang suka simpan dalam peti sejuk dulu baru makan sebab dia suka kuah tu sejuk2 tapi aku lagi suka makan panas2. Nikmatnya bila gula tu pecah dalam mulut kita. Yummy! Sluurpp!! Meleleh air liur aku! Hahaha selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment