01 April 2011

bukan gadis biasa

aku bukan seperti gadis lain yang pandai lentok sana sini dan beri kata-kata manis yang sedap didengar.

aku juga bukan seperti gadis lain yang sopan santun hanya di depan lelaki semata-mata untuk tarik perhatian mereka.

aku bukan seperti gadis lain yang bila berkata-kata hanya semut dan nyamuk saja yang dengar.

aku bukan seperti gadis lain yang lebih suka duduk di dapur.

aku bukan seperti gadis lain yang memakai kain batik di rumah mereka.

aku tidak seperti gadis lain yang terlalu menjaga kecantikan mereka sehingga mencacatkan muka sendiri.

aku bukan gadis biasa. namun jiwaku masih seperti gadis lain yang punya perasaan.

luaran ku saja yang tidak seperti mereka. mereka yang hanya mementingkan luaran.

aku juga ingin dibelai dan dicintai seperti gadis lain.
dan hanya kau yang memahami aku dan menerima aku.

maafkan kekasaran ku kerana ini sudah sebati dengan diriku.
ketahuilah aku masih lagi gadis cuma yang berbeza aku bukan gadis biasa. ye bukan gadis biasa dan istimewa.
suatu hari nanti mungkin aku akan bertukar menjadi gadis tetapi tidak seperti gadis lain. yang berubah hanya tiada lagi bukan biasa dan hanya tinggal gadis. mengertikah kamu?

*entry suka-suka kerana dapat mood jiwang balik. 

No comments:

Post a Comment