06 April 2011

ketidakpuasan hati

sport day dah habis.

dinner pun dah habis.

satu je aku tak puas hati.

kenapa mesti mainkan lagu2 korea?hampir setiap waktu mainkan lagu korea. bosan. bosan.

apa MALAYSIA ni dah takde lagu2 sendiri yang sedap untuk diputarkan ke?

dulu heboh dengan lagu indon yang mendayu2. sekarang ni lagu korea pulak?lepas tu nanti mula la heboh kata gerak tarian dia macam tarian gereja la, lirik lagu dia bawak maksud tak elok la. boleh tak sebelum suka dan addict sesuatu tu sila siasat dulu. tak de lah nanti nak menyesal. macam tarian poco-poco tu. sekarang ni dah haram pulak kat Perak. siapa yang perkenalkan tarian ni pun aku tak tahu la.

aku bukan anti-korea ke ape ke. aku mengaku aku juga tengok cerita korea siap meleleh leleh air mata. aku dengar juga lagu2 korea ni tapi aku tak la se'fanatik' mereka2 ini sehinggakan dalam semua majlis nak putar nak guna lagu korea nak tiru tarian korea. haish!

come on rakyat Malaysia. kamu perlu ada identiti sendiri. tak cukupkah dulu nenek moyang kita pernah terseksa dek jajahan orang2 luar ini? kamu semua mahu ulangi peristiwa2 lama kembali kah? sedarlah.

p/s : entry ni hanya menyuarakan ketidakpuasan hati aku terhadap segelintir pihak yang terlalu taksub dengan korea2 ni. last2 dalam 4 5 tahun akan datang kau taksub pulak dengan muzik dari negara lain dan kau lupakan korea ni pula. dah macam lalang rakyat Malaysia ni. *mengeluh untuk yang kesekian kalinya*

No comments:

Post a Comment