02 February 2012

mencari sesuap nasi~

wee~ dah masuk bulan February rupanya.
tak sedar sebab aku sibuk bekerja. fuhh! penat beb! yela orang lain time cuti semester mungkin boleh duduk bersenang lenang di rumah tapi aku tidak. aku kena cari duit untuk buat duit poket masa untuk semester akan datang. nak harap duit PTPTN memang lah tak cukup. nak bayar duit sewa rumah lagi, duit makan lagi, duit beli buku, fotostat, etc. and for your information aku tak mendapat bantuan kewangan dari ibu bapa aku sebab family aku pun sederhana je. bukanlah miskin sangat or takde duit langsung cumanya lebih kepada berjimat cermat dan aku lebih suka berdikari tanpa mahu menyusahkan ibu bapa. baik kan saya? *wink2*

kerja macam mana? hmm...setakat ni ok. termasuk hari ni dah genap la aku kerja seminggu. aku kerja part time je kat hotel kat bandar melaka. itu pun hasil pertolongan kakak aku la. dia yang offer kerja. hotel tu tak cukup staff katanya. aku kerja bahagian kitchen. ye bahagian dapur. WHAT?? anak dara sorang ni yang tak berapa nak pandai masak sangat ni boleh kerja kat kitchen? oh yeah! 1st day dah cuak takut kena masak ke apa ke. luckily tak kena masak lagi la. ada je kena suruh masak tapi aku tak nak sebab takut tak sedap and tak jadi lagi pun aku bukan expert dalam bab masak2 ni. so aku buat kerja2 biasa je. tolong kemas2 kitchen tu. tolong potong bahan2. tolong jaga kat dalam coffeehouse. overall memang best. staff and chef situ kebanyakannya sporting.

hee~ tapi satu je aku tak berapa nak gemar sikit ialah situ ramai staff and chef lelaki. dalam kitchen tu perempuan cuma ada 3 orang je. yang lain lelaki. yang lain tu adalah lebih dari 8 orang. kitchen tu terbahagi kepada beberapa bahagian; 
1-main kitchen (masak2 menu utama), 
2-tempat2 buat air and buah buahan (tak tahu nama dia), and 
3-pastry (tempat buat kek2, dessert, roti). 

aku ditempatkan kat main kitchen. agak besar jugak la kawasan dia. tapi kalau takde kerja aku tolong2 jugak bahagian lain. tapi bila ada kerja memang macam nak tercabut kaki. balik je confirm aku tidur. lagipun aku masuk kerja pukul 7 pagi. lagi satu cabaran sebab kena bangun pagi2 buta. tapi terpaksa jua menempuh demi sesuap nasi. hewhewhew. :p

dan untuk masa sebulan ni aku akan jarang online. kalau online pun hanya sekejap. ok sekarang ni aku dah penat dan sangat mengantuk. goodbye~

*keadaan kembali normal selepas sesi luahan hati secara face to face dari jam 12.00 a.m. - 3.00 a.m. =) iloveyousomuch!

No comments:

Post a Comment