19 August 2014

2014 - 20 Merisik

Assalamualaikum,

Alhamdulilah. 16/8/2014 ialah hari untuk satu langkah kecil bagi kami. Keluarga Mr. Bobot datang merisik aku. Semuanya berjalan lancar. Keluarga dia dan keluarga aku dah kenal2. In shaa Allah majlis pertunangan akan diadakan pada bulan Disember ini. Tarikh nya masih belum ditetapkan.

So ni nak cerita kejadian masa merisik. Memang berdebor la tunggu dirisik tu. Pada mulanya aku tak tahu macam mana keadaan merisik tu sebenarnya. Memang semua kakak-kakak aku dah kahwin tapi aku tak pernah terlibat atau tengok pun acara merisik tu. So aku memang zero pengetahuan pasal ni. Hahaha family dia lagi la tak tahu pape sebab dia anak sulung. Takde pengalaman. Tapi kitorang redah jela.

Al kisahnya 2 3 hari sebelum hari merisik tu pulak aku dengan dia ada la macam tak ngam sikit kirenye macam gaduh manja la. Sebab masing-masing penat dan sibuk yang amat minggu tu. Tapi nasib baik lah tak cancel. Hihihi.

Mr. Bobot no 2 dari kiri. Yang deret dia tu adik-adik dia. Dia datang bawak family dia je.


Kelam kabut jugak la sebab semuanya kami yang decide sendiri. Mak abah kata semua nya kitorang yang kena duduk bincang sama-sama and tentukan segalanya. Orang tua hanya akan ikut saja. So bila tiba hari merisik tu aku ada la jugak debar sikit. Tapi buat rilek jela. Hehe. Pukul 1.40 petang gitu dia dan keluarga dia sampai. Sampai sampai kitorang jamu diorang makan tengahari dulu. Lepas tu jamu kuih raya sambil berbincang. Masa diorang berbincang tu aku memang duduk kat dapur jela. Mengemas dapur, basuh pinggan mangkuk semua. Sambil borak2 dengan kakak aku. Tengah syok basuh pinggan tu tetiba abah panggil. Aku dengan tangan basah2 lagi ni pergi la ke depan.

Ingatkan pergi depan ni ambik cincin lari masuk bilik terus tapi rupanya itu hanya angan2 aku sahaja. Huahuahua. Mama dia nak pulak sarungkan cincin kat jari aku ni ha. Aku dah tak senang duduk terus. Nasib baik time tu memang ingat nak duduk bersimpuh. Huhu tapi yang kelakarnya, aku berbaju t-shirt saja ok!!! Hahaha sangat kelakar. Bak kata abang aku rock pun agak2 la dik oi. Hahahahaha nak buat macam mana aku serius ingat takde adegan sarung cincin tu yang aku pakai je t-shirt buruk dengan seluar track. Aku malas nak pakai baju kurung sebab aku fikir nanti aku nak duduk dapur basuh pinggan mangkuk. Nanti kotor baju kurung so baik pakai t-shirt buruk je. Sekali hamek ko kan dah terkena. Hahaha semua orang duk gelakkan aku. Hentam lah labu, yang penting dah lepas. Lepas kejadian tu aku adalah jugak tanya Mr. Bobot.

"Mama takde kata pape ke ayang pakai t-shirt je aritu?" (Sila muntah sebab kena baca dialog ini)

"Takde. Tapi bagus pakai buruk-buruk gitu duk dapur buat kerja. Nampak rajin sikit" 
 Time dia cakap ni memang aku lepuk lengan dia. Kureng betul. Suka dia tengok aku buruk-buruk gitu. =_=!

Haha pape pun aku bersyukur sangat dapat kakak2 yang tolong aku and dapat bakal keluarga mertua yang sporting dan best. Ya Allah aku bersyukur atas nikmat yang diberikan.

HAHAHA time ni memang sumpah rasa nak sorok kepala kat belakang almari. =_=!


Dan lepas ni bermulalah fasa pening kepala. Fuhhh berpeluh peluh la aku ni ha. Adeh macam mana la majlis tunang nanti gamaknya. Doakan lah semuanya berjalan lancar ye. :)

Cincin risik aku. Cincin tunang nanti aku tayang time tunang nantilah. Boleh baca sini macam mana aku beli cincin ni.

*I'm going to be his fiancee. Me is so excited! Gonna make countdown starting from now. Hahaha :D

2 comments:

  1. Follow u back! selamat merancang majlis pertunangan..

    selamat dirisik.. hehehe.. S

    ReplyDelete