18 August 2014

2014 - 19 Cerita Cincin dan Merisik

Assalamualaikum,

Alhamdulilah. Langkah pertama dah pun kami ambil untuk ke alam perkahwinan. Tak sangka dah nak jadi bride to be (B2B). Actually kitorang memang dah lama sangat plan untuk berkahwin cuma masalah kewangan yang membantutkan usaha murni. Yela memang orang kata kalau fikir nak duit tu cukup memang sampai sudah tak pernah cukup. Tapi nak hidup sekarang ni semua guna duit. Nak kencing pun kena guna duit untuk bayar nak masuk tandas. Haha. So terpaksa la kami tangguhkan lama sikit. Kami ni bukanlah dari keluarga yang senang2 juga bukan dari keluarga yang susah. Cukuplah dikatakan sederhana saja dan cukup2 untuk keselesaan. Kami ni mengumpul duit bersama2. Ada perempuan serahkan pada lelaki sepenuhnya untuk mengumpul duit kan? Tapi aku tak. Bagi aku biarlah susah senang bersama. Biar rasa perit tu sesama. So kalau bergaduh ke apa nanti biar beringat yang kita sampai ke satu tempat tu atas usaha sama bukan usaha sorang je. Tapi depends la pada orang jugak. Terpulang pada individu kan. Oppss! Terlebih panjang pulak mukadimah ni. Hehehe.

So our first little step dimulakan dengan sesi mencari cincin beberapa bulan yang lalu. Aku la yang tukang survey2 harga emas. Mulanya tak rancang pun. Aku saja main2 cakap kat Mr. Bobot harga emas tengah murah la jom pergi beli la itu la ini la. Tak tahu pulak dia pun setuju je untuk pergi survey2 (Agaknya malas nak dengar aku rengek2 lagi. hahaha).

Dalam pergi survey2 tu kitorang dah berkenan tu yang terus sambar dua bentuk cincin. Hehe berbaloi2 la sebab masa kitorang beli tu harga emas RM136/g. Murah la jugak tu kan. Then dapat beli dua bentuk cincin yang sangat simple dengan harga RM590.00 sahaja. Yupp!! 2 bentuk taw bukan 1 taw. 1 aku pilih yang belah rotan untuk merisik and lagi 1 untuk tunang tapi takde batu cuma bentuk love sebab aku tak berapa suka design cincin batu dia masa tu. Lagipun takde size untuk jari ku yang comel bersaiz 12 ni. Tak kisah lah murah janji dalam lingkungan bajet kitorang. Kenapa beli yang murah sahaja? Kalau beli yang mahal pun bukan ada orang nak tolong bayarkan. So better kitorang kekalkan kesederhanaan and mengikut bajet kitorang betul tak? 

Then, pilih punya pilih dia pun berkenan aku pun berkenan terus beli and bayar. Kitorang tak pergi beli dekat kedai emas yang tersohor macam Habib, Poh Kong etc. tu. Kitorang beli dekat kedai emas dekat kg. Jawa Melaka. Aunty kedai tu peramah sangat. Tu yang semangat kitorang nak beli. Mulanya kami berdua tak nak masuk kedai tu sebab tengok ramai sangat orang, so kami ni pun jalan2 la dulu sepanjang lorong kat kg. jawa tu.

Then masuk 1 kedai lain ni sebab takde orang sangat tapi servis dia sangat tak ok. Tak berapa nak layan sangat. Kitorang pun terus tak jadi beli kat situ. Dah la Mr. Bobot ni cerewet kalau nak beli sesuatu. Kalau boleh biarlah dia puas hati dengan apa yang dibeli and servis yang salegirl bagi tu tiptop. So pergi la balik kedai yang first kitorang tak jadi nak masuk tu.

Masa tu kitorang tengok orang pun dah beransur sikit terus kitorang duduk tengok. Tak lama lepas tu aunty ni datang layan, peramah gila ok. Siap bagi suggestion bagai2. Suka la kita ni sebagai customer ye dak? Oh ye nama kedai tu Han Cheong Goldsmith. Takde gambar tempat tu la. Nanti aku update kalau ada ok?

So selesai beli cincin tu aku la yang jadi tukang simpan. Then masa cuti harijadi agong 7/6/2014 hari tu Mr. Bobot balik kampung dia. Time tu la dia cakap dengan mama untuk merisik aku masa raya nanti. And lucky me family dia sangat senang nak berurusan. Alhamdulilah mama and ayah terima dengan rancangan kitorang ni. Dan aku pulak yang nervous sebab kena cakap dengan mak abah pulak yang ada orang nak datang merisik.

Oh my!! Oh my!! I is nervous ok! Dalam hati dah dup dap dup dap dup dap camne nak cakap ni!! Disebabkan aku anak bongsu kan so aku pun mintak la nasihat dari pakar iaitu kakteh aku yang dah lepas fasa ni semua. Aku ni kalau nak cakap heart to heart aku suka cakap dengan kakteh je sebab dia macam memahami sikit and not judgemental. Hehe nasib baik ada kakteh yang membantu tapi tu pun puas lah kena bahan dengan dia dalam wechat and masa dia balik first day puasa hari tu. =_=! nasib badan dapat kakak yang sengal kan. Hahaha. Sabar jela. Hmm agak mengambil masa jugak la untuk aku cakap dengan mak pasal hubungan kitorang ni sebab mak abah aku ni jenis yang strict and tegas and garang. Diorang tak suka sangat anak2 dia ni couple2 lepas tu bawak keluar ke hulur hilir. Kalau boleh nak kena ada hubungan yang sah dulu atau at least ada ikatan tunang. So sebab tu aku merahsiakan hubungan kitorang. Actually tak rahsia sangat pun sebab raya tahun2 lepas ada je Mr. Bobot datang rumah solo tapi abah macam reject la. (Sedih kan?) So itu yang macam membuatkan aku lagi takut nak cakap pasal hubungan kitorang ni.

Masa puasa ke-6 aku gagahkan diri untuk cakap dengan mak. Masa tu semua orang takde kat rumah. Abah keluar. Tinggal aku, mak and anak2 buah aku je. So aku jadi berani untuk cakap. Aku ni jenis suka cakap dengan mak sahaja kalau ada pape yang penting. Takut nak cakap dengan abah sebab abah garang dan tegas. Al maklum la polis pencen. Huhu. Lagi 1 kalau cakap dengan abah ni nanti abah pasti akan pusing balik kenakan atau nasihat yang panjang lebar yang aku tak mahu dengar. Hahaha. Kalau cakap dengan mak senang je. Cakap main point then kena la jugak sedas dua ke soal siasat atau bahasa2 pedas dari mak then lepas tu ok setel mak akan cakapkan dengan abah. Mungkin dah sifat anak perempuan lebih selesa dengan mak. Alhamdulilah setel cakap dengan mak memang legaaaaaaaaaa!!! Fuhhh!! Tapi masa tu aku frustrated sikit sebab mak macam takde respon pape. Mak diam je. But then ada ada 1 hari tu lepas abah balik terawih abah tanya aku. Masa tu aku serius tak prepared pun untuk bersoal jawab dengan abah. Sebab masa tu tengah tengok tv cerita best. Haha. Tapi terpaksa la jawab apa yang abah tanya.

"Mak kata kawan kau nak datang merisik raya ni. Budak mana? Budak hari tu ke?"

"A'ah yang dulu tu"

"Budak Batu Pahat tu? Dia kerja apa sekarang?"

"Dia dah kerja dengan kontraktor buat kerja jalan dengan bangunan kat Melaka ni"

"Dia dah duduk Melaka?" Sambil muka rileks tapi aku tahu dia terkejut tu. Haha
 "Habis tu hantaran berapa?"

"Ikut abah la"

"Kalau ikut abah, abah mintak 30k 40k kang. Barang dah makin mahal." Time ni aku dah gulp! 30k?
"Korang bincang, bagitahu siap2. Bila datang nanti dah senang terus cakap. Takde balik nanti malu ke apa ke. Abah tak nak la camtu. Tanya dia berapa dia boleh dan mampu."

"Ha. Ok"

And the rest was history. Alhamdulilah aku bersyukur diorang terima. After so many years, akhirnya hubungan kitorang diterima. Before this hubungan kitorang ni banyak sangat dugaan and cabaran. Tapi semuanya rasa terbalas lepas apa yang terjadi. We are really getting married. Alhamdulilah. I am very grateful. Hanya Allah saja tahu apa perasaan kami berdua di saat ini.

Ok cerita hari merisik akan aku update di entry lain. ^_^

4 comments:

  1. hubungan saya dgn tunang pun tak diterima pd awlnya tapi lepas dia berani ckap dgn abah nk dtg merisik tu terus okey :) mneghitung hari nak kahwin pulak pasni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? sama la kita. hihi saya menghitung hari nak tunang. :)

      Delete
  2. Salam...singgah sini..macam sama je kita ni, selepas 6 tahun berkawan..this year baru direstui dan akan bertunang in shaa Allah bulan 12 ni..sekali dengan majlis risik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah dah direstui. Mesti gembira sgt and tak sabar nak tunggu bulan 12 ni kan? sama la kita tgh hitung hari nak bertunang je ni. :))

      Delete