25 September 2010

tiada lagi 'aku dan dia'

aku yang bersalah....
aku yang bersalah....
aku minta maaf....
memang salahku....

salahku kerana tak sanggup lagi menunggu.....
tak sanggup lagi menanggung malu....
tak sanggup lagi untuk berpura-pura....
tak sanggup lagi untuk berlakon seperti biasa....

aku sakit....
sangat sakit....
sakit berlakon dan berpura-pura depan kau....
aku tak seperti kau....
jujur aku tak pernah anggap kau kawan aku....
tapi aku dah anggap kau lebih dari itu....
aku tahu itu salah aku yang paling besar...
dan sebab itulah aku terpaksa mengambil tindakan ini....
sebab itu aku terpaksa melakukan perkara ini supaya kau benci aku....
supaya kau tak cari aku lagi....
supaya kita tidak akan berhubung lagi....
supaya aku tak sakit lagi....

aku terlalu sakit sekarang....
aku terpaksa lepaskan segalanya....
aku terpaksa buat begini untuk bebaskan diri aku juga.....
aku terpaksa undurkan diri aku dari hidup kau....
dan aku minta maaf juga aku ingin berterima kasih pada kau....
terima kasih kerana sanggup menjadi kawan aku...
maaf kerana terpaksa sakitkan hati kau kali ni....

*fikiran aku buntu.....maafkan aku.....

No comments:

Post a Comment