25 September 2011

journey to the Ipoh. :D

weehoo~
nak cerita pasal semalam sikit iaitu 24 september 2011.
aku tinggal dengan housemate aku 2 orang je semalam sebab yang lain2 ada hal masing2 and tiada di rumah.
so kami pun rancang la nak keluar pergi ipoh. pagi2 dah bangun ni bersemangat nak pergi ipoh naik bas sebab sangat bosan duduk di rumah. tiba2 semangat tu rasa nak hilang sebab kunci pagar depan tak ada kat aku. aku dah terpikir nak panjat je pagar. nasib baik la ada kunci untuk pintu belakang. kitorang pun ikut la pintu belakang.macam ada gaya pencuri pun ye jugak. dah setel tu jalan la pergi bustop untuk tunggu bas. kitorang terpaksa la naik bas sebab kitorang berdua tak bawak kenderaan. nak pinjam kereta housemate lain tu macam tak sedap pulak. takpela sesekali bersusah and rasa naik bas pulak kan. dah lama ni kitorang tak naik bas sebab sebelum2 ni asyik naik kereta je. huhu

dan akhirnya kitorang pun sampai la ke destinasi iaitu Jusco Ipoh. tujuan utama nak tengok movie secara maraton. tapi last2 dapat tengok 1 movie je sebab yang lain banyak dah sold out. kitorang tengok fright night. best jugak la cerita tu. nak tengok johny english reborn tapi dah sold out. next time la kot pergi tengok.

sementara nak tunggu masuk panggung kitorang pergi la jalan2 cari barang2 sikit. dah habis tengok wayang pun kitorang pergi jalan2 lagi keliling jusco tu. ingat nak pergi karok tapi masa tak mengizinkan. yela kitorang naik bas kalau naik kereta boleh je sebab ikut time sendiri. ni naik bas kena ikut time bas sebab tak tahu bas ada pukul berapa kan. keluar dari jusco pukul 5 tapi sampai rumah pukul 8. padahal jarak ipoh ke rumah sewa aku tu sejam je pun. naik bas punya pasal jadi berjam jam. sebab bas nak ke rumah sewa kitorang tu ada pukul 7 je.

dah sampai area rumah sewa kitorang terus pergi kedai makan sebab dah lapar sangat. nasib baik kedai makan depan rumah sewa ada. nak masuk rumah kena la lagi sekali kitorang ikut pintu belakang. dah la gelap memang kali ni macam pencuri la kitorang. huhu masuk je rumah memang lepak habis la.

masa naik bas tu macam2 benda pelik la kitorang jumpa. macam2 gaya orang kitorang jumpa jugak. rupanya masih ramai yang menggunakan perkhidmatan bas ni. kalau tak ada bas mungkin diorang tak ada kenderaan untuk bergerak. aku bersyukur sebab kehidupan aku sederhana dan selesa. hmm sampai sini jela kot. tak tahu nak tulis ape lagi.

*jika tulang 4 kerat masih mampu digerakkan rasanya tak munasabah untuk menjadi peminta sedekah dengan menggunakan alasan hidup miskin.
**bersyukur hidup aku tak terlalu susah dan tak terlalu senang. lebih selesa hidup serba sederhana. :)

No comments:

Post a Comment