01 September 2011

selamat hari raya

assalammualaikum....
firstly aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam yang membaca blog ni. maafkan aku jika sepanjang korang baca blog ni aku ada buat korang tercarut termaki kan (memang ada pun. huhu). tak terlambat kan aku wish raya ni?ala raya sebulan kan kan. semoga semuanya selamat pergi dan pulang ke kampung halaman.

fuhh...agak lama tak update blog ni. gila busy aku ni kan. walaupun dah lama berhenti kerja as part time tu tapi aku busy kat rumah lagi2 laptop rosak so aku cari la aktiviti lain untuk dibuat untuk mengisi masa lapang aku. bulan puasa hari tu aku buat kuih raya dengan anak2 buah aku. 1st time taw buat kuih raya sorang2 tanpa bantuan mak. dari menguli sampai la ke bakar semua aku je yang buat sorang2. nak2 akak2 aku semua dah duk jauh dari rumah so aku la yang sangat rajin ni tolong buat kuih raya. dan alhamdulilah kuih raya tu semua sedap bak kata anak buah aku "sedap la kuih maksu buat ni." hahaha ok tipu sikit je takpe kan kan, hihihi.

actually masa bulan ramadhan tu banyak benda berlaku tapi disebabkan aku malas dan tiada masa nak taip makanya aku simpan sorang2 jela. yang penting aku sangat gembira masa bulan puasa hari tu. hee~ :D

ok pasal raya pulak. hmm raya pertama a bit boring la bagi aku sebab adik beradik aku semua beraya kat rumah mentua diorang. yang ada pun aku dengan kakteh aku yang belum kahwin and kak ngah aku anak beranak je raya kat rumah abah ni. disebabkan boring abah pun ajak balik kampung belah mak kat klang petang raya tu sekejap. dan hari ni kitorang dah ada kat rumah dah sebab akak2 aku nak balik dah bawak anak2 diorang. dan malam tadi je dah kecoh riuh dengan suara budak2 kecik ni main bunga api. macam ni la baru seronok.

plan raya ni nak konvoi raya lagi dengan budak2 sekolah menengah aku tapi tak sure lagi bila sebab macam biasa la aku yang kena jadi planner set time and venue semua. just wait and see jela. hopefully tahun ni jadi la lagi macam tahun2 lepas. ok la dah terpanjang lak entry kali ni. nanti2 aku update lagi.

*thanks Mr. Bobot sebab sanggup teman kita buka puasa walaupun terpaksa buka dalam kereta. hee~ but i really enjoyed it.
**susah jugak bila ada isteri yang queen control and bergaji besar dari suami. suami pun boleh lari merajuk taw. haish macam2. semoga berbaik semula kalian demi anak2 yang comel.
***tak sabar nak beraya kat batu pahat weekend ni. ahaks!! ;D

No comments:

Post a Comment