18 June 2014

2014 - 12 - Perkenalan Kami

Salam.

Hai, hari ni nak update pasal macam mana aku dan Mr. Bobot berjumpa dan bercinta. Ini semua untuk tatapan kami di masa hadapan kelak. Esok2 time gaduh2 boleh baca blog fefeeling sweet2 balik pastu tak jadi gaduh. Ok boleh ea gitu? Hiks! 

Ok back to our story macam mana aku kenal dia? Emmm mana aku nak mulakan ni ea. Ok kat entry ni sebenarnya aku start mengenali dia. Ok cenggini. Aku kenal Mr. Bobot aku ni thru kawan aku dan kawan dia. Masa tu aku boleh dikira single la, cuma ada skandal berkawan dengan beberapa orang tapi tak serius pun sebab masa tu aku tengah frust dengan crush aku Mr. A. Then datanglah kawan aku Nina menghulur bantuan. (cewahhh! bantuan sgt! Haha) Nina ni bff highschool aku. Dia pun masa tu tengah mencari2 jugak la teman sehidup semati. Then dia berjumpa balik dengan budak skola teknik dia balik si Topek (which is sekarang dah jadi suami dia). Topek ni bagitahu la Nina yang dia ada seorang kawan yang tengah single baru frust menonggeng. Dia suruh la Nina cari kawan2 yang single jugak and lucky me Nina teringat kat aku. (Lucky sangat ke? Haha). Nina terus mesej (masa tu takde whatsapp lagi ye) tanya kat aku sama ada aku nak tak kenal dengan kawan dia. Ok at first jujur aku cakap aku dah malas nak kenal dengan new guy sebab bosan nak kena introduce all over again plus aku jugak tengah frust menonggeng sebab crush aku main2 kan perasaan aku. So mula2 aku cakap dengan Nina taknak tapi Nina keep pushing me and gula2 kan aku suruh kawan2 je dulu, kalau tak suka tak apa. Dan aku seorang yang senang digula2 kan ini termakan la kata pujukan Nina itu tapi still macam nak tak nak la. Aku juz mesej Nina.

"Ikut la kau nak bagi kau bagi la." Then Nina balas balik mesej aku.

"Ok aku dah bagi dah. Ni no tepon dia ok" Nina bagi balik no Mr. Bobot kat aku suruh aku ready la kalau no tepon tu naik kat phone aku.

Lepas je Nina bagi no tepon tu aku tanya jugak la dia ni takde ke FB ke Myspace ke Friendster ke (masa tu laman sosial ni yang famous). Nina pun riki2 dengan Topek then aku pergi la stalk FB dia. Masa tengok FB dia tu aku cakap dalam hati not bad la mamat ni. Masa tu profile photo dia pakai kemeja siap tie and slack pants and merokok. Tapi aku macam cakap jugak la dalam hati
'Macam gemuk je mamat ni.'  Hahaha ok aku memang jahat. Heeee~ 

Tapi aku tetap on jela untuk kenal dengan dia. Then tetibe ada orang call aku di malam itu. Nombor Mr. Bobot la siapa lagi. Aku dah siap save masa tu sebab Nina dah bagitahu awal2 nama dia. Aku pun angkat la. Dia tanya2 la aku ni siapa, betul ke kawan Nina, boleh ke kawan dia and bla bla bla. Yang penting dia sangat gentleman la masa tu. Kenapa gentleman? Sebab semua lelaki yang aku kenal sebelum ni semuanya mulakan dengan sms sahaja. Lepas dah beberapa kali sms baru la nak call. But Mr. Bobot ni call dulu baru sms. So itu yang buatkan dia sweet gitu. Dan suara dia pun sedap jugak. Then start dari hari tu kami berbalas mesej setiap hari and add laman sosial masing2. Dan perkenalan kitorang tak stop di situ je. Kitorang ada keluar sesama jumpa face to face. Dari situ la baru berputik cinta ku. Cewwaaahhh! Gedik sangat ko weh! Hahaha

Bila kitorang firsstttt jumpa face to face? Next entry la ea. Malas nak taip panjang2. Heeeee~

2 comments:

  1. alooo shuwittt =)

    same la kite. gentleman tu 1st attraction kan? hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yup dear. laki gentleman yg pompuan suke. :)

      Delete