14 March 2012

weekend

it's a hectic week but worth it!
dah start sesi pembelajaran balik. new semester with new hopes and old bag. haha
harap2 semester ini akan lebih cemerlang.
ok2 taknak cerita pasal kelas, assignment, lecturer, bla bla bla.....nak cerita perihal hujung minggu yang seronok.

Sabtu & Ahad - 10/3/2012 & 11/3/2012

dari jam 8 pagi - 5.00 petang ada bengkel untuk research methodology. bengkel ni tolong brainstorm la untuk dapatkan lagi idea touch up mana yang tak cukup untuk proposal final year project. siap ada presentation lagi. dan ehem ehem! aku present untuk group aku. and and!!! aku dapat tempat ketiga. hahaha rasa sangat kelakar sebab aku ni kalau bab present memang nervous mengalahkan nak akad nikah. (macam mana aku tahu nervous nak nikah?padahal tak pernah nikah lagi. abaikan please! hehe)

then habis je bengkel tu terus cabut balik rumah bersiap. bersiap ke mana? bersiap untuk pergi backpack bersama housemate terchenta. pergi berdua je dengan housemate tu. naik kereta kancil dia. pergi mana? pergi ke Shah Alam je. hajat hati nak jenguk kawan2 kat UiTM kat sana tapi sebenarnya ada hajat yang lebih besar. jeng jeng jeng! hajat nak berjumpa Mr. Bobot la. kebetulan housemate tu pun nak berdating dengan boyfriend dia kat sana. so kami pakat2 pergi sana untuk dating. jauh giler dak? 

Mr. Bobot ku ada kerja kat shah alam tu disebabkan assignment aku tak berapa nak ada lagi makanya aku decide untuk pergi jumpa dia di sana. saja nak gedik2 manja2. haha sangat gedik aku ni. sampai sana pukul 9 lebih la. terasa trip ni paling hardcore pernah dibuat. dah la pergi berdua je naik kereta pulak tu dengan otak yang tak berapa nak tahu jalan ni kitorang redah jela. ikutkan plan asal nak pergi jumaat tapi disebabkan ada bengkel tu hari sabtu maka kami tukar ke hari sabtu jugak. 

then tempat dating aku dan Mr. Bobot hanyalah sekitar shah alam dan the curve damansara. 1st time masuk IKEA tu. aku jadi jakun kot. haha. try segala benda dalam tu. konon2 macam dah ada rumah sendiri je kitorang masa tu. tapi nak tawaf 1 IKEA tu gila la punya lama dan penat. sakit kaki oi. macam biasa la bila dah berjalan tu mestilah buat window shopping kan. tengah survey2 baju tiba2 ternampak PDI ada buat sale. sempat la rembat sepasang couple t-shirt and kemeja untuk dia. 

walaupun penat dan sakit kaki tapi tetap best sebab dapat jalan2. dating yang ter'best'. :D




*ikea & tutti frutti. masih rindu walau dah berjumpa. musim mengawan memang camni kot. hahaha :D

No comments:

Post a Comment