01 March 2012

renungan #3

semakin hari umur semakin meningkat dan bukan semakin berkurangan. bila umur makin meningkat, tahap kematangan dalam diri juga perlu sama meningkat. bila semakin matang, sikap bertanggungjawab, berfikiran ke hadapan dan segala sikap positif akan turut datang bersama. dan segala sikap kebudak-budakan perlu dibuang. kemahiran berfikir perlu diasah lebih lagi. kemahiran berfikir diperlukan untuk masa depan. ya!! untuk masa depan yang lebih cerah dan lebih menguntungkan. bukan saja menguntungkan di dunia tetapi juga di akhirat kelak. berfikir berfikir berfikir dan berfikir. 

ramai orang suruh dengar kata hati jika ingin mencapai sesuatu keputusan. tetapi tidak sebenarnya. hati itu membicarakan mengikut peredaran semasa dan sering mengatakan ya kepada semua perkara. hati mengikut emosi dan keputusan tidak boleh dibuat mengikut emosi. tidak semua kata hati patut didengari. dari hati sepatutnya menghantar isyarat ke otak dan otak akan mencerna maklumat sebaik mungkin. di sinilah berlakunya proses berfikir. bilamana otak sudah dapat keputusan yang bijak ia pula akan menghantar isyarat ke mulut atau tangan atau ke anggota badan lain untuk melaksanakannya. otak untuk berfikir. manusia perlu gunakan otak untuk pilih yang mana baik dan yang mana buruk dan bukannya hati. jika sudah terang lagi bersuluh sesuatu perkara itu salah dan buruk maka apa lagi yang perlu ditunggu? jangan buat perkara yang akan disesali juga perkara yang salah dan buruk itu. sebaliknya perbaiki perkara itu supaya ia mampu menjadi baik dan beri manfaat kepada diri kita. ye kita boleh mengubah perkara2 buruk itu supaya menjadi yang baik. sebagai contoh ambil perkara buruk sebagai pengajaran dan yakin dengan hikmah yang ada di sebaliknya. dan bukan sesalinya dengan mengenangkannya.

sentiasa berfikiran positif dengan apa saja berlaku. itu juga menunjukkan tahap kematangan kita. beri aura positif kepada sekeliling biar mereka tahu yang anda seorang yang positif. tapi jangan terlalu positif kerana takut over confident. ini tidak elok untuk kesihatan tubuh badan dan juga kepada sekeliling. apa-apa pun, kita perlu berfikir sedalam-dalamnya, analisa setiap perkara, cari baik buruk setiap perkara dan percaya bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah tersembunyi. yakinlah pada kuasa Allah. Dia maha mengetahui. 
berusaha ke arah kebaikan. Allah tidak lihat kepada hasilnya tetapi kepada usahanya. :)

*tak tahu kenapa aku taip gaya skema semacam. renungkanlah. selamat mematangkan diri. umur makin meningkat takkan nak sensitif memanjang jaja cerita ke sana sini lagi kan? :)
*bukan untuk sesiapa hanya untuk renungan. imissmypapabobot!

No comments:

Post a Comment